AGENDA

RMK-12: Tumpu bina sekolah, tampung kapasiti pelajar ramai

29 Sep 2021, 12:35 PM
RMK-12: Tumpu bina sekolah, tampung kapasiti pelajar ramai

SHAH ALAM, 29 SEPT: Pembinaan sekolah wajar diberi perhatian khusus di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) bagi menampung kapasiti pelajar yang semakin ramai khususnya di kawasan bandar negeri ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bilangan pelajar mencecah 50 orang dalam satu kelas di kawasan berkaitan ketika ini dikhuatiri akan menjejaskan sesi pembelajaran.

“Pandemik Covid-19 memberi peringatan bahawa ventilasi atau perubahan (jumlah pelajar dalam kelas) adalah satu proses penting. Kita berharap banyak tapak sekolah yang diserahkan kepada kerajaan Persekutuan dapat disiapkan kerana permintaannya sangat tinggi.

“Misalnya di Elmina ada lima tapak tetapi belum ada satu sekolah dibina. Pelajar terpaksa bersekolah di Subang Bestari yang sedikit sebanyak menyebabkan kesesakan dalam kelas," katanya.

Belia bercakap pada sidang media selepas sesi serahan sumbangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) kepada Kerajaan Negeri di Bangunan SUK di sini hari ini.

Amirudin menambah Kerajaan Negeri juga akan meneliti semula beberapa projek di bawah RMK-12 seperti diusulkan namun sebahagiannya dialu-alukan.

“Sebahagian besar projek RMK-12 telah melalui dua atau tiga sesi libat urus sejak 2018 yang turut membincangkan persediaan dan senarai projek tertangguh," katanya.

Kelmarin, perdana menteri berkata tumpuan harus diberikan kepada usaha menambah baik sistem pendidikan negara serta menangani isu ketidakpadanan dalam pasaran pekerjaan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan dokumen RMK-12 menggariskan beberapa langkah utama bagi mencapai tujuan tersebut.

Ia meliputi pengukuhan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (Stem), peruntukan RM1.6 bilion untuk ganti bangunan sekolah daif bagi 2021 dan 2022 serta penubuhan empat kompleks sekolah dan lima sekolah baharu (RM848 juta).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619