AGENDA

Selangor masuk fasa tiga mulai 1 Oktober, lebih banyak kelonggaran

29 Sep 2021, 10:56 AM
Selangor masuk fasa tiga mulai 1 Oktober, lebih banyak kelonggaran

SHAH ALAM, 29 SEPT: Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih ke fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Jumaat ini, maklum perdana menteri.

Peralihan fasa dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Peralihan turut melibatkan Melaka dari fasa dua ke tiga manakala Kedah beralih ke fasa dua, juga berkuat kuasa pada 1 Oktober.

"Ia bermakna tiada lagi negeri berada dalam fasa satu di seluruh negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

"Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh keluarga Malaysia, khususnya kerajaan negeri yang bertungkus-lumus menguruskan situasi pandemik di negeri masing-masing, demi memenuhi nilai ambang yang ditetapkan."

Berikut pecahan negeri mengikut fasa:

  • Fasa dua: Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Johor dan Sabah
  • Fasa tiga: Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Melaka, Pahang Perlis, Terengganu dan Sarawak
  • Fasa empat: Negeri Sembilan dan Labuan

Kelonggaran baharu yang diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik termasuk:

1. Majlis rasmi kerajaan dan swasta termasuk perasmian dan bengkel dibenarkan (fasa dua dan tiga)

  • kapasiti 50 peratus ruang premis (fasa dua dan tiga)
  • kapasiti 100 peratus (fasa empat)
  • individu belum divaksin perlu menjalani saringan dengan disaksikan penganjur atau pengesahan pengamal perubatan

2. Sektor latihan kemahiran dan pusat latihan industri termasuk kolej vokasional serta TVET dibuka semula di semua fasa berkuat kuasa 15 Oktober 2021

3. Kehadiran penonton/penyokong dibenarkan ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi bagi negeri fasa dua hingga empat

  • perlu lengkap suntikan vaksin
  • memakai pelitup muka sepanjang perlawanan
  • tiada aktiviti makan minum sepanjang di stadium
  • Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619