AGENDA

Menteri: Lebih 140,000 individu hilang kerja kesan pandemik Covid-19

29 Sep 2021, 3:57 AM
Menteri: Lebih 140,000 individu hilang kerja kesan pandemik Covid-19

Oleh Irwan Shafrizan Ismail

SHAH ALAM, 29 SEPT: Sejumlah 140,608 individu hilang pekerjaan sejak Mac tahun lalu sehingga 20 Ogos lalu, sepanjang tempoh negara dilanda pandemik Covid-19.

Menteri sumber manusia Datuk Seri M Saravanan berkata data itu berdasarkan statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang dikeluarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

"Kerajaan sedar serta amat prihatin terhadap impak Covid-19 di kalangan rakyat yang serius. Dalam tempoh tidak menentu ini ramai pekerja yang kehilangan pekerjaan atau diberhentikan, memerlukan sokongan dan bantuan.

"Sehubungan itu, antara tindakan kerajaan bagi menangani kehilangan pekerjaan adalah menyalurkan bantuan dengan membantu Orang Berinsurans yang telah kehilangan pekerjaan," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) yang ingin tahu statistik kehilangan pekerjaan di kalangan rakyat sejak pandemik Covid-19 melanda dan apakah tindakan kerajaan menanganinya.

Tambah Saravanan bantuan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) meliputi faedah berbentuk kewangan dan bantuan pencarian pekerjaan seperti Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA), Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB), Elaun Latihan dan pembiayaan fi latihan.

Menurutnya sehingga kini lebih satu juta pencari kerja telah berdaftar di portal pekerjaan MYFutureJobs dari 1 Januari lalu sehingga Ogos, dengan 203,102 individu berjaya mendapat pekerjaan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619