AGENDA

Kempen Pusing Selangor Dulu, destinasi pelancongan kelas dunia

29 Sep 2021, 1:28 AM
Kempen Pusing Selangor Dulu, destinasi pelancongan kelas dunia

SHAH ALAM, 29 SEPT : Tourism Selangor dan Tourism Malaysia Bahagian Domestik bekerjasama secara dalam talian bagi mempromosi produk pelancongan kepada penggiat industri setempat.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Azrul Shah Mohamed berkata promosi menerusi siri webinar "Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!" itu bermula sejak Jun lalu sehingga semalam.

Menurutnya inisiatif antara usaha mempromosi pelancongan domestik Selangor seiring dengan budaya norma baharu iaitu menjelajah secara maya ke Malaysia Timur dalam masa terdekat.

"Sesi webinar hari ini bertepatan dengan sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2021 yang mana kita turut melancarkan kempen menerusi media sosial rasmi bertujuan menampilkan Selangor sebagai destinasi pelancongan berkelas dunia.

"Penting untuk mengekalkan hubungan baik antara Tourism Selangor dan Tourism Malaysia Domestik bagi membangunkan semula industri yang sangat terkesan dengan pandemik global yang semakin hampir ke fasa endemik ini," katanya menerusi kenyataan.

Azrul Shah berkata sesi webinar itu sedang giat dijalankan di semua landasan digital Tourism Selangor iaitu laman sesawang www.selangor.travel, Facebook, Instagram, Twitter, Youtube dan TikTok.

Pada masa sama, beliau menggalakkan orang awam berkongsi pengalaman menarik masing-masing dalam menerokai tempat pelancongan Selangor dengan memuat turun gambar dan video di media sosial beserta tanda pagar #PusingSelangorDulu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619