ADN

Subsidi 1,000 kit ujian kendiri khas buat penduduk DUN Kinrara

28 Sep 2021, 2:45 PM
Subsidi 1,000 kit ujian kendiri khas buat penduduk DUN Kinrara
Subsidi 1,000 kit ujian kendiri khas buat penduduk DUN Kinrara

SHAH ALAM, 28 SEPT: Pusat Khidmat Dewan Negeri (DUN) Kinrara menyediakan 1,000 kit ujian air liur bersubsidi bagi mengesan status jangkitan dengan cepat.

Kit kendiri bernilai RM10 setiap satu dikhususkan untuk penduduk setempat dan terhad 10 set bagi setiap keluarga, kata wakil rakyatnya Ng Sze Han.

“Jika permintaan tinggi, kita akan menambah lagi bilangan kit. Ini memudahkan dan meringan beban penduduk,” katanya menambah kit boleh didapati di pusat khidmat atau hubungi talian 011-25816296.

Pada 9 September, sebanyak 1,000 kit ujian kendiri sumbangan Kerajaan Selangor disediakan untuk pesakit Covid-19 sekitar DUN itu.

Selain kit ujian air liur, pek itu turut mengandungi penyedut oksigen, paracetamol, vitamin C 500mg, kit sanitasi, pelitup muka dan cecair pembasmi kuman.

Pada 12 Ogos, Dato' Menteri Besar berkata sebanyak 60,000 kit ujian kendiri akan diagihkan secara percuma kepada keluarga mangsa yang disahkan positif wabak.

Dato' Seri Amirudin Shari menjelaskan alatan tersebut diagihkan melalui pusat khidmat masyarakat dan pejabat penyelaras DUN.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619