AGENDA

Anwar cadang jawatankuasa Parlimen pantau projek kerajaan

28 Sep 2021, 9:31 AM
Anwar cadang jawatankuasa Parlimen pantau projek kerajaan

SHAH ALAM, 28 SEPT: Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen bagi memantau pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Ketua pembangkang berkata jawatankuasa terdiri ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang itu bertanggungjawab meneliti kemajuan serta ketelusan projek.

"Saya harap cadangan ini dapat pertimbangan perdana menteri untuk tunjuk kesediaan dan keterbukaan untuk mendengar, bukan sekadar retorik apabila penilaian tidak dapat dilakukan.

"Bentang secara terperinci semua perkara termasuk kontrak dan bahas di Parlimen, tiada guna transformasi dan memorandum persefahaman (MoU), kita tidak mahu bersekongkol apabila berbilion duit hilang," katanya ketika membahaskan RMK-12 di Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson berkata jawatankuasa tersebut juga perlu diberi kuasa memantau projek RMK-12 yang dilaksanakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

"Jawatankuasa ini penting supaya individu yang mentadbir GLC tidak fikir mereka boleh buat apa saja kerana GLC adalah korporat yang tidak perlu membentangkan laporan di Parlimen.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619