AGENDA

Tiada arahan tarik lesen memandu warga emas, umur bukan faktor kemalangan

28 Sep 2021, 3:12 AM
Tiada arahan tarik lesen memandu warga emas, umur bukan faktor kemalangan

KUALA LUMPUR, 28 SEPT: Kementerian Pengangkutan tidak pernah mengarahkan warga emas berusia lebih 70 tahun mengembalikan lesen memandu kenderaan.

Menterinya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata ini kerana faktor umur tersebut bukan penyebab utama kemalangan sebaliknya dipengaruhi pelbagai faktor lain.

"Ini bukan pendirian kementerian dan kita tidak berhajat untuk menukar akta sedia ada kerana kecekapan memandu bukan berdasarkan faktor umur.

"Kecekapan memandu adalah berlainan. Sebagai contoh, Yang Berhormat Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad), beliau boleh memandu jauh lebih baik berbanding ramai individu lain," katanya dalam sesi pertanyaan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh mengenai tindakan untuk menangani isu kemalangan di bawah pengaruh alkohol atau dadah serta syor berkaitan syarat khas lesen memandu warga emas.

Ka Siong berkata kerajaan tidak akan melakukan diskriminasi terhadap individu berusia lebih 70 tahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619