ADN

Pendalaman kolam takungan atasi isu banjir di Taman Sri Muda

27 Sep 2021, 1:14 PM
Pendalaman kolam takungan atasi isu banjir di Taman Sri Muda

SHAH ALAM, 27 SEPT: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu menyegerakan kerja mendalamkan kolam takungan air di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini bagi mengelak banjir terus berlaku.

Wakil rakyat Kota Kemuning V Ganabatirau berkata projek tersebut tertangguh selama dua bulan sehingga menimbulkan keresahan penduduk terutama apabila hujan lebat.

"Projek ini sudah diluluskan tetapi pelaksanaannya tidak mengikut jadual. Sekiranya tidak dibuat, kita bimbang kolam tersebut tidak mampu menampung kapasiti air.

"Saya telah berbincang dengan JPS Klang dan berharap kerja pendalaman kolam takungan dapat dimulakan dalam minggu ini," katanya ketika dihubungi Selangorkini.

EXCO Kerajaan Negeri itu turut menggesa jabatan terbabit melaksanakan projek pembangunan kincir air di lokasi sama melalui peruntukan RM10 juta yang disalurkan tahun lalu.

"Mereka (JPS) sudah memasang papan tanda pembangunan projek berkenaan yang dijadual pada Julai tahun ini tetapi masih tertangguh. Selama ini mereka tunggu kelulusan pelan pembangunan dan lantikan kontraktor.

"Alasan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sehingga mengekang pelaksanaannya tidak masuk akal kerana ini melibatkan projek berkaitan kepentingan rakyat," katanya.

Sementara itu, Ganabatirau berkata hampir 70 peratus kawasan perumahan sekitar Kota Kemuning dinaiki air dalam kejadian banjir kilat semalam, namun tiada keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

"Kita juga memberikan 150 pek makanan yang dimasak kepada penduduk di Taman Sri Muda dan Batu 8, Bukit Kemuning (100 pek) melalui ahli majlis, ketua kampung dan ketua komuniti India.

"Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan individu turut bekerjasama dengan pejabat pusat khidmat masyarakat Kota Kemuning membantu ratusan penduduk yang terjejas," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619