AGENDA

MB seru rakyat lengkap vaksin teroka lokasi pelancongan negeri

27 Sep 2021, 12:13 PM
MB seru rakyat lengkap vaksin teroka lokasi pelancongan negeri
MB seru rakyat lengkap vaksin teroka lokasi pelancongan negeri

SHAH ALAM, 27 SEPT: Dato’ Menteri Besar menyeru rakyat yang lengkap dos vaksin supaya meneroka lokasi pelancongan di Selangor dalam fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sokongan rakyat diyakini mampu memulihkan semula industri pelancongan negeri yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

"Semoga dengan Selangor memasuki fasa dua PPN dan majoriti masyarakat dewasa telah divaksin, ambil peluang untuk meneroka pelbagai tarikan pelancongan dekat mahupun jauh.

"Industri pelancongan mampu pulih dengan sokongan daripada warga Selangor, jadi ayuh bersama kitarkan ekonomi negeri meneroka tarikan-tarikan yang terdapat di Selangor Darul Ehsan,” katanya.

Menerusi hantaran di Twitter, beliau turut mengucapkan selamat hari pelancongan sedunia buat penggerak industri di Selangor, Malaysia dan seluruh dunia.

Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih ke fasa dua PPN berkuat kuasa 10 September lalu.

Peralihan fasa tersebut memberi kelonggaran kepada rakyat yang mendapat suntikan dua dos vaksin untuk melakukan aktiviti pelancongan dalam negeri melibatkan penginapan di hotel dan inap desa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619