ADN

Kolam tadahan di Jalan Paip dibina atasi banjir kilat

27 Sep 2021, 9:08 AM
Kolam tadahan di Jalan Paip dibina atasi banjir kilat

KLANG, 27 SEPT: Sebuah kolam tadahan di Jalan Paip akan dibina untuk tangani masalah banjir di Meru, kata wakil rakyatnya.

Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata peruntukan untuk membina kolam tadahan sudah diluluskan dan dijadual dibina dalam masa terdekat.

"Untuk peringkat awal ini tiga unit pam elektrik di Perepat diaktifkan untuk tangani banjir dan beroperasi sehingga keadaan kembali normal.

"Setakat ini tiada penduduk yang dipindahkan dan beberapa inisiatif juga diambil seperti pembersihan perparitan dilakukan supaya air mengalir," katanya kepada SelangorKini.

Mohd Fakhrulrazi memaklumkan banjir kilat yang berlaku semalam melibatkan beberapa kawasan antaranya Kampung Budiman, Taman Daya Maju, Jalan Teratai, Jalan Cempaka, Jalan Haji Abdul Manan dan Taman Meru Utama.

"Punca banjir disebabkan aliran terlampau banyak daripada kebiasaan sehingga mengakibatkan banjir kilat yang agak teruk.

"Air naik di kawasan yang rendah dan di kawasan pembangunan yang menyukarkan air mengalir ke sungai," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619