AGENDA

RMK12: RM400 bilion diperuntuk biayai projek sambungan, baharu

27 Sep 2021, 5:26 AM
RMK12: RM400 bilion diperuntuk biayai projek sambungan, baharu

SHAH ALAM, 27 SEPT: Kerajaan akan memperuntuk RM400 bilion untuk membiayai projek sambungan dan projek baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peruntukan pembangunan akan lebih ditumpukan kepada projek sambungan apabila ekonomi semakin kukuh tahun depan.

"Pandemik Covid-19 telah menjejaskan kedudukan kewangan sehingga defisit fiskal melebar kepada 6.2 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2020.

"Insya-Allah, kita menjangkakan kedudukan kewangan kerajaan akan bertambah baik pada tahun 2023 apabila ekonomi semakin kukuh," katanya ketika membentangkan RMK12 di Parlimen hari ini.

Beliau menambah pihaknya banyak menerima cadangan daripada orang ramai, ahli parlimen dan kerajaan negeri untuk menangani krisis kesihatan dan ekonomi.

Namun, katanya, kerajaan terpaksa mengehadkan projek pembangunan pada tahun lalu dan tahun ini kerana mempunyai keperluan yang lebih besar iaitu melindungi nyawa dan kehidupan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619