SELANGOR

Banjir kilat, 1,000 penduduk Kampung Kebun Bunga terjejas

27 Sep 2021, 4:44 AM
Banjir kilat, 1,000 penduduk Kampung Kebun Bunga terjejas
Banjir kilat, 1,000 penduduk Kampung Kebun Bunga terjejas

SHAH ALAM,27 SEPT: Lebih 1,000 penduduk di Kampung Kebun Bunga, Batu Tiga di sini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat semalam.

[caption id="attachment_489149" align="alignleft" width="268"] Ketua Kampung Kebun Bunga Johari Mohd Shaari[/caption]

Ketua Kampung Kebun Bunga Johari Mohd Shaari berkata kejadian itu menyebabkan banyak peralatan 300 rumah yang didiami penduduk rosak.

"Penduduk yang tinggal di kawasan rendah paling terus terjejas apabila rumah mereka dinaiki air sehingga paras lutut.

“Banjir kilat ini juga mengakibatkan Surau Al Hasani di kampung ini dinaiki air sehingga merosakkan karpet dan sejadah,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu tinjauan SelangorKini mendapati penduduk sedang membersihkan kediaman selepas air mulai surut pagi tadi.

Petang semalam beberapa kawasan sekitar bandar raya Shah Alam dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang berlarutan selama beberapa jam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima laporan beberapa kawasan dinaiki air sejak jam 3 petang dengan lokasi paling teruk terjejas di sekitar Stadium Shah Alam di Seksyen 13.

Menurut beliau, beberapa laluan di sekitar kawasan itu dinaiki air sehingga empat kaki menyebabkan sebuah kenderaan terkandas dalam banjir kilat namun pemandunya sempat menyelamatkan diri.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619