AGENSI

Guna dana RM15,000 bantu pekerja hotel terjejas di Selangor

26 Sep 2021, 12:06 PM
Guna dana RM15,000 bantu pekerja hotel terjejas di Selangor

SHAH ALAM, 26 SEPT: Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Selangor memanfaatkan sumbangan RM15,000 daripada Kerajaan Negeri dengan menyediakan bantuan makanan kepada pekerja hotel terjejas akibat Covid-19.

Naib Presidennya Nazri Ahmad berkata dana di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 itu diguna untuk menyediakan 860 kotak makanan baru-baru ini dan bantuan susulan akan diagih dalam masa terdekat.

"Kita berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana melaksanakan pelbagai inisiatif membantu sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat Covid-19.

"Dari baucar pelancongan sehingga tambahan RM15,000 kepada 17 persatuan termasuk MAH, langkah-langkah ini dapat mengurangkan beban serta memulihkan semula bidang ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada program bual bicara Media Selangor bertajuk 'Apa khabar pelancongan Selangor' disiarkan di Facebook pada Jumaat lalu.

Pada 9 Jun, Kerajaan Negeri menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 mengumumkan peruntukan berjumlah RM2.55 juta bagi industri pelancongan.

Ia merangkumi RM1 juta bagi geran bantuan kewangan, RM1 juta bagi baucar pelancongan, RM300,000 untuk latihan pembelajaran pendigitalan dan RM255,000 bantuan kepada 17 persatuan pelancongan.

Bayaran kepada persatuan pelancongan itu diagih pada 9 September lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619