ADN

Selvax bergerak di Dewan Serbaguna Taman Kinrara 1 esok

26 Sep 2021, 9:11 AM
Selvax bergerak di Dewan Serbaguna Taman Kinrara 1 esok
Selvax bergerak di Dewan Serbaguna Taman Kinrara 1 esok

SHAH ALAM, 26 SEPT: Program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak berada di Dewan Serbaguna Taman Kinrara 1, Puchong esok.

Wakil rakyat DUN Kinrara Ng Sze Han berkata program bermula jam 9 pagi hingga 3 petang itu menawarkan 350 dos untuk individu berusia 18 tahun ke atas termasuk warga asing.

“Sila pastikan anda memuat turun aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) dan membawa kad pengenalan atau pasport bagi yang bukan warganegara," katanya di Facebook.

Program percuma anjuran Kerajaan Negeri itu berjalan sejak 12 September lalu di seluruh DUN dan parlimen secara berperingkat.

Pakej Kita Selangor 2.0 yang diumumkan pada 9 Jun memperuntuk sebanyak RM200 juta untuk menjayakan Selvax Komuniti dan Selvax Industri yang akan memanfaatkan jutaan penduduk negeri ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619