AGENDA

Guru warga Rusia lega terima vaksin negeri sebelum sekolah dibuka

26 Sep 2021, 6:09 AM
Guru warga Rusia lega terima vaksin negeri sebelum sekolah dibuka
Guru warga Rusia lega terima vaksin negeri sebelum sekolah dibuka

PETALING JAYA, 26 SEPT: Seorang guru warga Rusia menarik nafas lega apabila menerima suntikan pelalian menerusi program Vaksin Selangor (Selvax) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama semalam.

Vladimir Vasilyev, 37, berkata sebagai pendidik beliau perlu segera menerima vaksin kerana sekolah akan dibuka tidak lama lagi dan ia adalah antara ketetapan kerajaan dalam pembukaan semula institusi itu.

"Saya mengetahui Selvax menerusi carian mengenai Sinovac kerana saya mencari vaksin jenis berkenaan. Berdasarkan maklumat Sinovac adalah antara vaksin yang boleh dipercayai," katanya yang mengajar matematik di Sekolah Antarabangsa UCSI.

[caption id="attachment_489024" align="alignleft" width="279"] Chin Yi Meng[/caption]

Seorang warga emas, Chin Yi Meng, 76, berkata beliau sudah lama menanti program vaksin seperti ini kerana diadakan dalam skala yang kecil tanpa melibatkan ramai peserta.

"Saya takut tengok ramai orang di PPV (pusat pemberian vaksin), mungkin boleh dapat penyakit bila terlalu ramai. Jadi bila ada program seperti ini saya terus datang kerana lebih selamat.

"Sebelum ini ada juga kawasan lain adakan program ini tetapi saya tidak sempat datang kerana lambat tahu," katanya yang turut membawa pembantu rumahnya untuk turut sama menerima vaksin.

Program percuma anjuran Kerajaan Negeri itu berjalan sejak 12 September lalu di seluruh DUN dan Parlimen secara berperingkat.

Pakej Kita Selangor 2.0 yang diumumkan pada 9 Jun memperuntuk sebanyak RM200 juta untuk menjayakan Selvax Komuniti dan Selvax Industri yang akan memanfaatkan jutaan penduduk negeri ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619