AGENDA

Paip pecah: Bekalan air enam seksyen disalur secara berperingkat pagi ini

24 Sep 2021, 12:21 AM
Paip pecah: Bekalan air enam seksyen disalur secara berperingkat pagi ini

SHAH ALAM, 24 SEPT: Bekalan air di enam kawasan yang terjejas berikutan paip pecah di Persiaran Perusahaan, Seksyen 23 di sini mula disalur secara berperingkat jam 6.15 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan bekalan dijangka pulih sepenuhnya jam 12 tengah hari.

Enam kawasan terjejas meliputi Seksyen 18, Seksyen 19, Seksyen 20, Seksyen 23, Seksyen 24 dan Seksyen 25.

"Kerja-kerja pembaikan paip pecah di Persiaran Perusahaan, Seksyen 23, siap dilaksanakan jam 6 pagi. Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air.

"Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna," maklum pengurusan itu.

Pengurusan itu juga menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

Pengguna boleh merujuk saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi di talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di pusat bantuan melalui laman sesawang www.airselangor.com.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619