AGENSI

JKNS sedia anjur semula program vaksin guru Kafa, pegawai masjid dan jurunikah

23 Sep 2021, 12:45 AM
JKNS sedia anjur semula program vaksin guru Kafa, pegawai masjid dan jurunikah

SHAH ALAM, 23 SEPT: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sedia menganjur semula program pelalian untuk kumpulan guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa), pegawai masjid dan jurunikah yang enggan divaksin.

Pengarahnya Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata pihaknya memahami kumpulan terbabit tidak mendapat input yang betul tentang vaksin.

"Mungkin apabila melihat kawan-kawan yang mengambil vaksin boleh mengajar dan terpanggil untuk mengambil suntikan kita akan cuba berikan.

"Kita akan mengadakan program vaksinasi sama seperti ini dan mereka boleh hadir walaupun tanpa janji temu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau program vaksinasi khas Frontliner Jais di di Dewan Syarahan dan Muzakarah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam.

Terdahulu, seramai 872 guru Kafa, pegawai masjid dan jurunikah diarah hadir menerima suntikan menerusi program yang dihadiri Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad.

Bagaimanapun Mohd Shahzihan memaklumkan setakat jam 11 pagi semalam seramai 146 telah hadir tetapi 80 peratus daripadanya menolak terima vaksin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619