AGENDA

Operasi restoran, kedai serbaneka dibenar hingga 12 malam mulai esok

22 Sep 2021, 1:02 PM
Operasi restoran, kedai serbaneka dibenar hingga 12 malam mulai esok

SHAH ALAM, 22 SEPT: Kerajaan membenarkan premis perniagaan seperti restoran dan kedai serbaneka dibuka dari 6 pagi hingga 12 tengah malam bermula esok.

Perdana Menteri Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini.

Selain itu beliau berkata kedai runcit, pasar mini dan stesen minyak juga dibenarkan beroperasi dalam tempoh sama.

"Keputusan ini juga berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamtan Negara (MKN)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah pada kapasiti 100 peratus dengan syarat majikan dan pekerja lengkap divaksin.

"Kerajaan menyeru dengan kelonggaran diberikan ini, ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dengan penuh disiplin dan rasa tanggungjawab.

"Patuhi setiap tatacara operasi piawai (SOP), pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal serta sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan diri," katanya.

Kelonggaran diberikan itu adalah kepada semua negeri tanpa mengira fasa di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619