AGENDA

Teliti pendekatan terhadap guru tolak vaksin, jamin tidak beban pengajar lain

22 Sep 2021, 10:39 AM
Teliti pendekatan terhadap guru tolak vaksin, jamin tidak beban pengajar lain

SHAH ALAM, 22 SEPT: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang meneliti pendekatan terbaik terhadap guru yang enggan divaksin.

Menteri kanan pendidikan memberi jaminan guru yang sudah divaksin tidak akan terbeban dengan tanggungjawab golongan tersebut kerana mereka akan diberi tugas berdasarkan keadaan semasa di sekolah.

"Ada sekitar 2,100 guru yang memilih untuk tidak divaksinkan. Guru ini kita pastikan mereka tidak akan mengajar anak-anak kita secara bersemuka di dalam kelas.

"Kita telah berbincang JPA dan semalam jabatan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang memperincikan untuk membawa isu itu kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membincangkan apakah pendekatan yang sesuai," kata Datuk Dr Mohd Radzi Jidin di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan M Karupaiya (Padang Serai-PH) yang bertanyakan adakah guru yang menerima vaksin terpaksa menggalas tugas pengajar yang menolak suntikan tersebut.

Mohd Radzi juga mengupas pendekatan terbaik untuk murid berkeperluan khas untuk kembali ke sekolah ketika kes Covid-19 masih tinggi.

"Kita utamakan untuk mereka kembali ke sekolah, belajar di sekolah dalam keadaan di mana kita pastikan persekitaran itu dilindungi. Kita pastikan semua guru dan kakitangan telah divaksin."

Bagaimanapun katanya, jika ibu bapa tidak yakin dengan keselamatan anak-anak, mereka dibenar tidak menghantar pelajar terbabit ke sekolah dengan syarat memaklumkan perkara tersebut sebagai rekod.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619