AGENDA

KPM tanggung kos kit ujian kendiri pelajar sekolah asrama, harian

22 Sep 2021, 9:04 AM
KPM tanggung kos kit ujian kendiri pelajar sekolah asrama, harian

SHAH ALAM, 22 SEPT: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menanggung kos penyediaan kit ujian kendiri di sekolah asrama penuh sehingga sekolah harian.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata saringan menggunakan air liur akan dijalankan ke atas pelajar sebelum memasuki asrama dan juga sediakan di setiap sekolah seluruh negara.

"Jika sekolah asrama sepenuhnya, kita akan jalani tiga kali saringan tanpa mengira di mana lokasi sekolah tersebut, kita akan buat sekali saringan sekiranya asrama harian.

"Kit ujian kendiri juga akan disediakan bagi kegunaan sekolah harian untuk buat saringan awal sekiranya murid menunjukkan gejala ketika mereka berada di sekolah," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Dato' Salim Sharif (Jempol-BN) yang bertanyakan siapa yang akan menanggung kos ujian kendiri di sekolah terutama pelajar susah.

Mohd Radzi juga menjelaskan kekeliruan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago mengenai dakwaan sekolah di daerah itu dikenakan bayaran sebanyak RM1,600 bagi menanggung kos pemberian vaksin.

Katanya, beliau sudah berhubung dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berhubung perkara itu dan mengatakan pembayaran itu tidak lagi diguna pakai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619