BERITA UTAMA

1,000 jemaah dibenar solat Jumaat di Masjid Negeri

22 Sep 2021, 8:58 AM
1,000 jemaah dibenar solat Jumaat di Masjid Negeri
1,000 jemaah dibenar solat Jumaat di Masjid Negeri

SHAH ALAM, 22 SEPT: Kerajaan Negeri membenarkan solat Jumaat untuk 1,000 orang di Masjid Negeri dan 500 orang bagi solat berjemaah lima waktu, umum EXCO Hal-Ehwal Agama Islam.

Menerusi infografik dikongsi Mohd Zawawi Ahmad Mughni di Facebook, kelonggaran ini untuk ahli jemaah di dalam kariah masing-masing yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Pada 3 September Kerajaan Selangor melonggarkan syarat solat Jumaat untuk 100 orang di masjid dan 50 orang bagi solat berjemaah lima waktu termasuk di surau.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato’ Shahzihan Ahmad berkata umat Islam perlu memanfaat kelonggaran diberi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj itu.

"Tuanku bukan hanya meningkatkan solat Jumaat tetapi juga solat fardu. Ini bermakna Tuanku bukan sahaja hendak solat Jumaat tetapi jemaah penuhkan solat fardu lima waktu.

"Tuanku sudah beri kebenaran dan jangan kita hendak rebut solat Jumaat sahaja . Solat fardu ini kita hendak tunjuk kekuatan dan kesatuan umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau program vaksinasi khas Frontliner Jais di di Dewan Syarahan dan Muzakarah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619