AGENSI

Beza peranan LUAS, Air Selangor urus sumber air

22 Sep 2021, 4:00 AM
Beza peranan LUAS, Air Selangor urus sumber air

SHAH ALAM, 22 SEPT: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) merupakan dua entiti yang mengendalikan sumber air kepada pengguna di Lembah Klang.

Menerusi video ringkas yang disediakan LUAS, orang ramai diberi penerangan tentang fungsi dan peranan agensi Kerajaan Negeri itu.

"LUAS merupakan badan berkanun Kerajaan Negeri yang mengurus sumber air mentah yang merangkumi air permukaan seperti sungai serta kolam, air bumi dan perairan pantai tiga baru nautika dari darat ke laut.

"Peranannya menguruskan sumber air dari segi kualiti agar mematuhi piawaian kualiti air mentah yang disyorkan dan kuantitinya supaya cukup untuk dirawat sebagai bekalan air terawat oleh loji rawatan setiap masa.

"Manakala Air Selangor yang dahulunya dikenali sebagai Syabas adalah anak syarikat Kerajaan Negeri yang merawat air mentah kepada air terawat dan membekalkannya kepada pengguna di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur," menurut audio selama 2 minit lebih itu.

Peranan LUAS:

1. Mengurus sumber air (air mentah) dari segi kualiti dan kuantiti

2. Pelesenan dan caj abstraksi sumber air

3. Pelesenan dan caj pelepasan atau kemasukan bahan pencemar ke sumber air

4. Kebenaran bertulis bagi aktiviti pengubahan sumber air

5. Pelesenan dan caj navigasi jalan air pedalaman

6. Pelesenan dan caj pelencongan sumber air bagi janakuasa elektrik

Peranan Air Selangor:

1. Merawat air mentah di loji rawatan air

2. Membekalkan air terawat kepada pengguna

3. Pembayaran bil air

4. Mengendalikan hal berkaitan gangguan bekalan air kepada pengguna

5. Kerja pembaikan paip pecah atau bocor

6. Pendaftaran dan penukaran nama akaun meter air

Tambahnya, orang ramai boleh menghubungu LUAS untuk melaporkan jika terdapat aktiviti mencurigakan yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran sumber air.

[playlist type="video" ids="488526"]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619