AGENDA

Pembeli harap harga ayam turun, rakyat bergelut dengan kesan pandemik

21 Sep 2021, 4:12 PM
Pembeli harap harga ayam turun, rakyat bergelut dengan kesan pandemik
Pembeli harap harga ayam turun, rakyat bergelut dengan kesan pandemik
Pembeli harap harga ayam turun, rakyat bergelut dengan kesan pandemik

SHAH ALAM, 21 SEPT: Rata-rata pembeli akur dengan ketetapan harga ayam di pasaran antara RM8.50 hingga RM9.50 sekilogram yang dianggap masih membebankan.

[caption id="attachment_488503" align="alignleft" width="250"] Rejumah Dahalan, 72. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Pembeli, Rejumah Dahalan, 72, bagaimanapun berkata kenaikan harga ketika ini tidak wajar memandangkan ramai rakyat bergelut dengan masalah kewangan ekoran pandemik Covid-19.

"Saya terkejut apabila melihat harga ayam naik kepada RM9.50, kalau ikutkan memang mahal dan membebankan sebab sebelum ini saya beli hanya RM7.90 sekilogram.

"Tetapi nak buat macam mana, cucu-cucu saya suka makan ayam, mahu atau tidak kena beli juga," kata nenek kepada enam cucu ketika ditemui di Pasar Awam Seksyen 6 di sini hari ini.

Bagi Zailan Nor Salleh, 41, meskipun kenaikan harga ayam hanya memberi sedikit kesan terhadapnya, namun berharap masalah tersebut diatasi segera.

[caption id="attachment_488504" align="alignright" width="250"] Zailan Nor Salleh, 41. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Pengurus jenama syarikat perniagaan makanan dan minuman berkata dia memahami situasi dihadapi peniaga yang mendapat bekalan ayam daripada orang tengah atau pembekal.

"Kalau boleh kita nak harga kembali seperti sedia kala, apatah lagi saya sering berbelanja sehingga RM300 sebulan untuk mendapatkan barang basah seperti ayam, ikan, sotong dan daging.

"Saya faham peniaga tiada pilihan lain dan terpaksa berbuat demikian, mereka pun nak dapat keuntungan, ditambah pula perlu membayar kos upah pekerja serta fasiliti," kata bapa tiga anak yang tinggal di Bandar Puncak Alam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619