AGENDA

Lebih 100,000 individu terima manfaat baucar Jom Shopping, bantuan khairat

21 Sep 2021, 3:30 PM
Lebih 100,000 individu terima manfaat baucar Jom Shopping, bantuan khairat

SHAH ALAM, 21 SEPT: Lebih RM10 juta disalur Kerajaan Negeri menerusi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dari Januari 2021 hingga setakat ini.

Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) Gan Pei Nei berkata jumlah itu merangkumi RM9,963,200 bagi Jom Shopping dan RM734,000 bagi khairat kematian.

"Lebih 100,000 individu menerima manfaat dari kedua-dua program ini yang mana 99,632 warga emas serta orang kelainan upaya (OKU) menerima baucar Jom Shopping RM100 pada bulan kelahiran mereka.

"Manakala 1,468 waris bagi warga emas serta OKU yang meninggal dunia menerima RM500 menerusi khairat kematian," katanya kepada SelangorKini, hari ini.

Kerajaan Negeri menyediakan dana RM20 juta bagi melaksanakan program Jom Shopping SMUE.

Sejumlah RM7.5 juta juga disediakan bagi melayakkan waris berdaftar dengan Yawas menerima bantuan RM500.

Orang ramai boleh melayari laman portal e-mesra.yawas.my untuk memohon bantuan skim berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619