AGENDA

Perkemas SOP sebaik mungkin sebelum beralih fasa endemik

21 Sep 2021, 6:44 AM
Perkemas SOP sebaik mungkin sebelum beralih fasa endemik

Oleh IRWAN SHAFRIZAN ISMAIL

SHAH ALAM, 21 SEPT: Kerajaan digesa memperinci dan memperkemas tatacara operasi piawai (SOP) Covid-19 sebaik mungkin sebelum memutuskan untuk beralih ke fasa endemik.

Wakil rakyat Ledang Syed Ibrahim Syed Nor berkata kadar vaksinasi tinggi sahaja tidak cukup dijadikan ukuran, sebaliknya kerajaan perlu memperkasa sistem pengesanan wabak.

"Penyampaian maklumat kepada rakyat harus lebih telus dan cekap, sistem pengesanan wabak harus diperkasa selain memperkukuh sektor kesihatan awam.

"Aplikasi MySejahtera harus penuhi kehendak pengguna, saya hairan kita ada fungsi daftar keluar, tapi tidak faham apa fungsi sebenarnya. Kerajaan kena jelaskan kerana ada yang 'check-in' tapi tidak 'check-out' berhari-hari," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Syed Ibrahim turut mengingatkan kerajaan meskipun kadar lengkap dos penduduk dewasa mencapai 79 peratus setakat Ahad, namun kadar jangkitan harian masih melebihi 10,000 kes.

"Nilai kebolehjangkitan catat kadar 0.92 dan banyak negeri lebih 1.0, pada masa sama kadar vaksinasi tidak sekata mengikut negeri contohnya di Sabah dan Kelantan yang masih rendah.

"Walau rasa kita ada kadar imunisasi tinggi tapi sebenarnya tidak sekata, negara seperti Israel dan Singapura walau kadar vaksinasi tinggi, mereka alami kenaikan kes akibat varian baharu," katanya.

Pada 14 September, menteri kanan pertahanan berkata SOP bagi mengawal penularan Covid-19 dikurangkan kepada 10 berbanding 181, yang turut membabitkan kebenaran rentas negeri.

Datuk Seri Hishamuddin Hussein menjelaskan langkah itu bagi memudahkan orang ramai, golongan industri dan penguat kuasa memahaminya susulan peralihan ke fasa endemik dijangka Oktober.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619