AGENSI

MB ucap selamat sempena pesta Kuih Bulan, harap dapat rai dengan keluarga

21 Sep 2021, 3:22 AM
MB ucap selamat sempena pesta Kuih Bulan, harap dapat rai dengan keluarga

SHAH ALAM, 21 SEPT: Dato' Menteri Besar mengucapkan selamat menyambut perayaan Kuih Bulan kepada masyarakat Cina di seluruh negeri.

Dato' Seri Amirudin Shari turut berharap kaum itu dapat pulang ke rumah untuk meraikannya bersama keluarga tersayang tidak lama lagi.

"Hari ini merupakan perayaan Kuih Bulan atau perayaan pertengahan musim luruh yang disambut oleh masyarakat Cina di seluruh dunia.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Perayaan Kuih Bulan kepada masyarakat Cina terutamanya rakyat Selangor," katanya dalam perutusan hari ini.

Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan hasil pertanian diraikan pada hari ke-15 pada bulan lapan kalendar Cina iaitu akhir Ogos hingga akhir September.

Perayaan ini antara yang terpenting selain Tahun Baharu Cina yang disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan, selain kuih bulan itu sendiri.

Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.

Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini yang diperbuat daripada adunan manis berinti kacang merah, biji teratai atau kuning telur masin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619