AGENSI

Kemudahan sukan jadi tumpuan semula, penggemar futsal teruja

20 Sep 2021, 3:38 AM
Kemudahan sukan jadi tumpuan semula, penggemar futsal teruja
Kemudahan sukan jadi tumpuan semula, penggemar futsal teruja
Kemudahan sukan jadi tumpuan semula, penggemar futsal teruja

BALAKONG, 20 SEPT: Penggemar aktiviti sukan menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan beberapa sektor sukan secara berkumpulan seperti gelanggang futsal kembali beroperasi.

Tengku Azha Tengku Yusoff, 50, berkata beliau teruja dengan pengumuman itu dan kesempatan itu disifatkan dapat mengatasi kebosanan selain meningkatkan stamina.

[caption id="attachment_488210" align="alignright" width="380"] Tengku Azha Tengku Yusoff. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Sebelum ini hanya boleh jogging namun tidak sepuas dan seronok seperti bermain futsal secara beramai-ramai memandangkan saya memang seorang yang aktif bersukan serta sering melakukan aktiviti ini bersama rakan sebaya.

"Malah, bersukan dan beriadah bukan hanya untuk kesihatan badan tetapi memberi kesan positif terhadap mental juga," katanya kepada SelangorKini.

Selain itu, Ahmad Taufeq Ismadi Ahmad Zakki, 22, yang juga aktif bersukan berkata pembukaan semula gelanggang futsal merupakan berita gembira buatnya selepas lebih enam bulan tidak beraksi.

[caption id="attachment_488211" align="alignleft" width="380"] Ahmad Taufeq Ismadi. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Saya seronok kerana dapat berkumpul semula dengan rakan-rakan di samping boleh mengamalkan gaya hidup sihat seperti sebelum ini," katanya.

Manakala, Raja Muhammad Azhan Shah, 50, berharap masyarakat mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) supaya tiada lagi sekatan aktiviti sukan berkumpulan selepas ini.

"Jika kerajaan umumkan lagi penutupan disebabkan kes Covid-19 meningkat susulan penglibatan ramai dalam sukan ini, saya reda tetapi kecewa dan berharap kita semua amalkan sikap 'kita jaga kita'," katanya.

Pada 15 September Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beberapa kelonggaran aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal melibatkan pengoperasian fasiliti sukan terbuka serta tertutup kepada individu lengkap vaksin dengan pematuhan SOP penuh.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619