AGENDA

Inisiatif Selangor sedia kit kuarantin dicontohi kerajaan persekutuan

19 Sep 2021, 1:02 PM
Inisiatif Selangor sedia kit kuarantin dicontohi kerajaan persekutuan

SHAH ALAM, 19 SEPT: Inisiatif Kerajaan Selangor menyediakan kit ujian kendiri kepada pesakit Covid-19 dicontohi kerajaan persekutuan, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu membuktikan usaha Kerajaan Negeri sebelum ini berkesan menangani Covid-19.

"Kerajaan Selangor menyambut baik pengumuman ini. Julai lalu sebagaimana dalam Pakej Kita Selangor 2.0, Kerajaan Negeri menyediakan Kit Penilaian Kesihatan khusus kepada kontak rapat dan keluarga yang positif.

"Kit ini mengandungi oximeter dan pelitup muka. Baru-baru ini Kerajaan Negeri turut mengumumkan pemberian ‘self test kit’ percuma kepada 60,000 individu yang memerlukan di Selangor," katanya menerusi Facebook.

Hari ini, Ismail Sabri mengumumkan pemberian Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 3.6 juta keluarga B40 sebagai persediaan ke arah era endemik Covid-19.

Katanya, bantuan PPC dengan peruntukan lebih RM471.6 juta mengandungi antara lain pek pelitup muka guna semula sebanyak empat keping setiap keluarga dan kit ujian kendiri Covid-19 sebanyak empat kit setiap keluarga.

Pada 12 Ogos, Amirudin berkata Kerajaan Selangor mengagihkan 60,000 kit ujian kendiri Covid-19 secara percuma kepada keluarga mangsa yang disahkan positif wabak.

Beliau berkata kit itu diagihkan melalui Pusat Khidmat Masyarakat dan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kit itu mula diedar pada 3 September lalu kepada lima wakil rakyat di DUN Bandar Utama, Seri Setia, Kota Damansara, Taman Templer dan Subang Jaya dengan masing-masing menerima 1,000 unit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619