AGENDA

MB tinjau lokasi tanah runtuh Kemensah Heights

18 Sep 2021, 9:06 AM
MB tinjau lokasi tanah runtuh Kemensah Heights
MB tinjau lokasi tanah runtuh Kemensah Heights

HULU KELANG, 18 SEPT: Dato’ Menteri Besar meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights di sini hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari meluangkan masa lebih satu jam di lokasi kejadian bagi bertemu beberapa mangsa kejadian.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Nor Azmie Diron dan Ahli Dewan Negeri Hulu Klang Saari Sungib.

[caption id="attachment_487995" align="aligncenter" width="718"] Keadaan lokasi tanah runtuh di Kemensah Heights, Hulu Klang pada 18 September 2021. Foto RADIN WAZIR[/caption]

Semalam, berlaku kejadian tanah runtuh yang menjejaskan bahagian belakang 19 rumah teres dua tingkat di Jalan Kemensah Heights.

Timbalan pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata aliran air bawah tanah menyebabkan struktur tanah menggelongsor pada jam 9.30 malam semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619