AGENDA

Selangor Job Fair bermula hujung September, disertai 50 syarikat

18 Sep 2021, 8:17 AM
Selangor Job Fair bermula hujung September, disertai 50 syarikat

BESTARI JAYA, 18 SEPT: Program Selangor Job Fair berskala kecil dijangka bermula hujung bulan ini dengan tumpuan di lima daerah, kata EXCO pembangunan generasi muda.

Mohd Khairuddin Othman berkata program secara hibrid di Petaling, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Sepang bakal disertai 50 syarikat yang menawarkan pekerjaan dalam pelbagai sektor.

"Sebenarnya kita sudah ada perancangan untuk turun (ke daerah) tetapi tersekat kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Insya-Allah bulan ini kita akan segerakan dalam skala kecil mengikut syarat ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

"Apapun, dalam tahun ini kita akan selesaikan sekurang-kurangnya lima siri jelajah," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Tasik The Tomanz Tangkap dan Lepas di Universiti Selangor (Unisel) kampus Bestari Jaya di sini hari ini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri tekad memastikan kadar pengangguran di Selangor turun bawah empat peratus berbanding ketika ini yang mencatat 4.5 peratus ekoran pandemik.

"Kita tidak akan berdiam diri dan terus berusaha membantu bagi mencapai sasaran tersebut," katanya.

23 Ogos lalu, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya Kerajaan Negeri memandang serius isu kehilangan pekerjaan.

Untuk rekod, penganjuran Selangor Job Fair dua tahun lalu menerima penyertaan 200 syarikat dengan menawarkan 11,000 peluang pekerjaan termasuk 20 kepada orang kelainan upaya (OKU).

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619