AGENDA

Empat lagi kes positif Covid-19 dikesan sebelum ke Langkawi

17 Sep 2021, 1:47 PM
Empat lagi kes positif Covid-19 dikesan sebelum ke Langkawi

SHAH ALAM, 17 SEPT: Hari kedua gelembung pelancongan Langkawi merekodkan empat kes positif Covid-19 hasil saringan di pintu masuk udara dan laut pada hari ini.

Ketua pengarah kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu adalah daripada 3,454 pelancong yang disaring.

"Empat kes positif Covid-19 dikesan hasil saringan di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi. Sejumlah 3,454 orang pelancong telah berjaya disaring," katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata empat kes itu masing-masing dikesan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang (satu), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (satu) dan Jeti Kuala Perlis (dua).

Semalam, sebanyak lima kes Covid-19 dikesan menerusi saringan sebelum berlepas ke Pulau Langkawi melalui pintu masuk udara dan laut.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kesemua kes dikesan melalui ujian RTK-Ag dan berada pada tahap satu iaitu tidak bergejala.

"Kes-kes ini telah diberikan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) untuk diisolasi bagi tempoh 10 hari," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619