AGENSI

MBI agih bantuan makanan kepada penduduk DUN Sungai Air Tawar

17 Sep 2021, 11:49 AM
MBI agih bantuan makanan kepada penduduk DUN Sungai Air Tawar
MBI agih bantuan makanan kepada penduduk DUN Sungai Air Tawar

SABAK BERNAM, 17 SEPT: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI mengagihkan 250 bantuan makanan kepada penduduk terkesan akibat pandemik Covid-19 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar hari ini.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor berkata sumbangan bakul makanan itu diberikan melalui ketua-ketua kampung sebelum diagih kepada penduduk.

"Setakat ini lebih RM800,000 diperuntuk untuk bantuan bakul makanan sejak Januari dengan kerjasama parlimen, DUN dan badan bukan kerajaan.

[caption id="attachment_487924" align="alignleft" width="381"] Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Ahmad Azri Zainal Nor[/caption]

"Bantuan diberikan tidak terhad kepada bakul makanan sahaja tetapi makanan basah seperti ayam, ikan dan daging. Menerusi cara ini kita dapat membantu rakyat ketika pandemik, malah sehingga kini MBI masih terima banyak permohonan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bakul makanan MBI di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.

Sementara itu, Ahmad Azri memaklumkan sejumlah RM300,000 telah diperuntuk untuk baucar barangan runcit diagih bersama 150 ahli majlis.

"Sumbangan ini masih diteruskan dan buat masa ini seramai 6,000 individu menerima manfaat baucar bagi fasa satu dan dua," katanya.

Pada 12 Julai, Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memberi jaminan agihan bekalan bakul makanan diserahkan kepada penduduk yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak lebih daripada 48 jam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619