SELANGOR

Laksana program padanan kerja, bantu golongan hilang pendapatan

17 Sep 2021, 2:18 AM
Laksana program padanan kerja, bantu golongan hilang pendapatan

AMPANG, 16 SEPT: Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya akan mengadakan program padanan kerja bagi membantu individu hilang pendapatan akibat Covid-19.

Penyelarasnya Daing Muhammad Reduan Bachok berkata pihaknya sedang mengatur pertemuan dengan beberapa syarikat yang bersedia menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan terjejas

"Soal pekerjaan sangat penting ketika ini memandangkan Selangor telah beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang mana rakyat perlu meneruskan kelangsungan hidup dengan bekerja dan mencari pendapatan.

"Apabila bekerja, kadar kebergantungan mereka terhadap kerajaan berkurang. Jadi, kita cuba aturkan dengan beberapa syarikat misalnya pasar raya untuk menawarkan pekerjaaan," katanya kepada Selangorkini.

Ditemui pada program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak di Dataran Santai Ampang Point hari ini, Daing berkata inisiatif padanan kerja akan menyasarkan semua peringkat usia dan golongan yang diberhentikan.

"Kita tahu ramai terkesan bukan sahaja golongan berpendapatan rendah (B40) tetapi berpendapatan sederhana (M40) yang sebelum ini memiliki pendapatan yang stabil.

"Memang banyak platform pencarian kerja dalam laman sesawang tetapi kita berusaha untuk bantu selagi boleh, dari situ kita akan lihat dan nilai supaya mereka boleh dapat kerja," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619