AGENDA

EXCO: Lebih ramai boleh solat di masjid jika disiplin patuhi SOP

16 Sep 2021, 9:41 AM
EXCO: Lebih ramai boleh solat di masjid jika disiplin patuhi SOP

SHAH ALAM, 16 SEPT: Bilangan jemaah di masjid dan surau negeri ini akan ditambah jika masyarakat berdisiplin mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata perkara itu juga dipertimbang apabila Selangor beralih ke fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Kita menetapkan hanya jemaah lengkap dua dos vaksin sahaja dibenarkan untuk berada di masjid dan surau, kita sedang memantau adakah perkara ini dipatuhi.

"Jika semua pihak beri kerjasama baik, Insya-Allah beberapa kelonggaran dan ruang kepada jemaah akan diberi apabila Selangor bergerak ke fasa tiga PPN kelak," katanya.

Beliau ditemui pada Jelajah Hari Malaysia Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis di pusat khidmat masyarakatnya di sini hari ini.

Pada 3 September, Kerajaan Selangor membenarkan 100 jemaah yang lengkap dos vaksin menunaikan solat Jumaat di masjid manakala 50 orang bagi solat berjemaah termasuk di surau.

Kelonggaran itu perlu dibuat secara bergilir sama ada untuk solat Jumaat atau berjemaah sementara kegiatan lain seperti ceramah hanya dalam talian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619