AGENDA

Rebat RM20 ke pusat vaksin akan ditawar sekali lagi

15 Sep 2021, 2:20 PM
Rebat RM20 ke pusat vaksin akan ditawar sekali lagi
Rebat RM20 ke pusat vaksin akan ditawar sekali lagi

SHAH ALAM, 15 SEPT: Penduduk di Selangor boleh membuat permohonan kali kedua untuk rebat RM20 bagi perjalanan ke pusat pemberian vaksin (PPV) menggunakan perkhidmatan e-panggilan Grab tidak lama lagi.

Ketua tanggungjawab sosial korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata inisiatif itu ditawarkan berikutan remaja usia 12 hingga 17 tahun akan menerima suntikan pelalian Covid-19.

"Ibu bapa yang telah mendapat kemudahan tersebut sebelum ini boleh sekali lagi memohon memandangkan program vaksinasi untuk remaja bakal bermula.

[caption id="attachment_487657" align="alignleft" width="500"] Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Ahmad Azri Zainal Nor[/caption]

"Jadi, mereka boleh bawa anak masing-masing ke PPV dengan menaiki Grab melalui rebat ditawarkan Kerajaan Negeri," katanya ketika ditemui selepas penyerahan bantuan kepada vokalis kumpulan XPDC, Ali di Kampung Rantau Panjang di sini hari ini.

Beliau berkata inisiatif tersebut akan segera dihebahkan di laman sesawang www.platselangor.com dan media sosial sebaik mendapat kelulusan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

"Kita mengemukakan cadangan kepada beliau (Amirudin) pada awal bulan ini termasuk melanjutkan tempoh permohonan rebat sehingga November," katanya.

Sebelum ini inisiatif dengan peruntukan RM1 juta yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 dikhususkan untuk penduduk negeri ini berusia 50 tahun ke atas.

Namun pada 6 Jun, Amirudin mengumumkan rebat perjalanan tersebut dibuka kepada semua rakyat Selangor tanpa mengira usia.

Permohonan rebat yang dibuka 20 Jun lalu sah bagi perjalanan ke PPV seluruh Selangor dan Kuala Lumpur mulai 1 Julai hingga 30 September.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619