AGENDA

KKM kaji taja doktor kontrak jalani latihan persekutuan

15 Sep 2021, 4:46 AM
KKM kaji taja doktor kontrak jalani latihan persekutuan

SHAH ALAM, 15 SEPT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam penilaian menawarkan tajaan latihan persekutuan kepada doktor kontrak melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata usaha itu bagi memberi peluang kepada golongan terbabit menjadi doktor pakar yang setakat ini hanya diberikan kepada pegawai tetap.

"Berkenaan dengan masa depan mereka (doktor kontrak), saya amat prihatin kedudukan dan keadaan mereka.

"Kita bukan hanya melihat lanjutan tempoh kontrak yang dipersetujui kerajaan tetapi penyelesaian peluang mendapat tajaan latihan persekutuan supaya mereka dapat mengikuti pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan," katanya.

Beliau menjawab soalan Rusnah Aluai (PAKATAN-Tangga Batu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau berkata sektor kesihatan negara ini kekurangan doktor pakar menyebabkan ada pesakit terpaksa menunggu dalam tempoh tertentu untuk mendapatkan rawatan susulan.

Justeru, beliau berharap Kementerian Kewangan dapat memberikan tajaan kepada doktor kontrak melanjutkan pengajian supaya mampu memenuhi keperluan pakar sedia ada.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619