AGENDA

Raja Muda Selangor mahu pimpinan sukan main peranan, cari bakat baharu

14 Sep 2021, 2:14 PM
Raja Muda Selangor mahu pimpinan sukan main peranan, cari bakat baharu

SHAH ALAM, 14 SEPT: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor menitahkan pimpinan dalam sektor sukan memainkan peranan masing-masing demi kejayaan semua jenis sukan.

Tengku Amir Shah bertitah peranan pemimpin penting untuk mencari bakat baharu yang dapat mengharumkan nama negara.

"Dalam membina kualiti dengan mencari juara, kita perlu sedar pentingnya akar umbi dan selepas itu diikuti pengasas seperti sesebuah organisasi atau syarikat tempatan," titah baginda.

Tengku Amir Shah bertitah menerusi sesi dialog ‘Selangor Youths Have A SAY: Visi Sukan Negara Townhall’ yang diadakan secara maya hari ini.

Selangor Youth Community (SAY) menganjurkan sesi dialog sempena jelajah maya Kanvas Visi Sukan Negara 2030 (VSN2030) oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Sekretariat VSN2030, Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor F.C.) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FA Selangor).

Tengku Amir Shah yang juga pengasas SAY bertitah pembangunan sesebuah sukan berdepan dengan tiga cabaran iaitu jurang antara fasiliti profesional dan komuniti, campur tangan politik dan program kelestarian yang efektif.

"Selain daripada kekurangan fasiliti, jurang antara profesional dan komuniti juga merupakan cabaran dalam pembangunan sukan.

"Penglibatan politik juga ditolak kerana tiada tempat untuk politik dalam sukan kerana tidak diperlukan sebaliknya perkara dititik berat ialah atlet dan pengurusan pentadbiran.

"Cabaran ketiga pula kekurangan program kelestarian yang efektif kerana tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada agensi korporat dalam aktiviti sukan," titah baginda.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619