AGENDA

Hanya 10 SOP dikuat kuasa dalam fasa endemik

14 Sep 2021, 7:51 AM
Hanya 10 SOP dikuat kuasa dalam fasa endemik

SHAH ALAM, 14 SEPT: Kerajaan akan mengurangkan 181 tatacara operasi piawai (SOP) mengawal penularan Covid-19 kepada 10, yang turut membabitkan kebenaran rentas negeri.

Mnteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata langkah itu bagi memudahkan orang ramai, golongan industri dan penguat kuasa memahaminya susulan peralihan ke fasa endemik dijangka Oktober.

Menurutnya SOP berkenaan dipersetujui dalam mesyuarat kuartet menteri Covid-19 membabitkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

"Kelonggaran baharu sudah dipersetujui secara prinsip, Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) akan umum dalam tempoh terdekat," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Hishamuddin berkata kerajaan juga sedang mempertimbang bagi memberi kelonggaran tambahan dalam sektor pelancongan dan membenarkan pembukaan gimnasium.

"Namun kerajaan akan melakukan penilaian risiko terlebih dahulu, contohnya bagi sektor pelancongan harus dibuktikan projek perintis di Langkawi tidak menyebabkan penularan.

"Sekiranya semua baik baru kita buka gelembung pelancongan lain pula, penandanya arasnya kes Covid-19 terkawal dan hampir semua penduduknya perlu mendapat vaksin," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619