ADN

Projek naik taraf saliran RM4.2 juta di Ulu Yam kurangkan masalah banjir

14 Sep 2021, 4:45 AM
Projek naik taraf saliran RM4.2 juta di Ulu Yam kurangkan masalah banjir

SHAH ALAM, 14 SEPT: Projek naik taraf sistem perparitan di Batu 30, Ulu Yam, Hulu Selangor yang bernilai RM4.2 juta diharap dapat mengurangkan masalah banjir berlarutan sejak sembilan tahun lalu.

Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu Lee Kee Hiong berkata projek diluluskan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu dijangka bermula April tahun depan dan siap dalam tempoh 24 bulan.

Menurutnya, masalah banjir bermula pada 2012 apabila sistem pengairannya tersekat akibat pembinaan tembok oleh pemilik tanah.

"Jadi saya bangkitkan masalah ini dan akhirnya peruntukan diluluskan JPS.

"Diharapkan projek ini dapat mengurangkan masalah banjir yang menjejaskan hampir 100 keluarga daripada dua kawasan perumahan," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Isu banjir di Batu 30 antara masalah dibangkitkan Kee Hiong pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang berlangsung 23 hingga 30 Ogos lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619