AGENDA

Aktiviti kuari di Bukit Mahkota Cheras ada permit, kelulusan pejabat tanah

13 Sep 2021, 3:59 PM
Aktiviti kuari di Bukit Mahkota Cheras ada permit, kelulusan pejabat tanah

SHAH ALAM, 13 SEPT: Aktiviti guna tanah di kawasan Bukit Mahkota Cheras beroperasi secara sah kerana mendapat permit dan kelulusan pejabat tanah.

Ahli Dewan Negeri Dusun Tua Edry Faizal Eddy Yusof berkata semakan mendapati aktiviti kuari juga dilakukan atas tanah milik persendirian.

"Kita semua sayangkan hutan, tapi bukan semua kawasan berpokok itu hutan di sisi perundangan.

"Ada tu (itu) tanah persendirian, tertakluk pada peraturannya tersendiri," tulisnya di Twitter hari ini.

Beliau menjelaskan perkara itu susulan pertanyaan seorang pengguna Twitter @asyraf_wahaB747 yang mempersoalkan status aktiviti tanah di kawasan Bukit Mahkota.

Pemilik akaun tersebut turut memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan terdapat aktiviti tanah di kawasan terbabit.

Kelmarin, menerusi hantaran berasingan, Edry mengingatkan pemilik tanah supaya memohon kebenaran PBT sebelum melakukan kerja tanah walaupun tanah milik persendirian.

"Di Hulu Langat kami selalu jumpa masalah ini (tiada kelulusan aktiviti tanah). Meskipun tanah persendirian, pemilik harus dapatkan kebenaran PBT untuk sebarang kerja tanah. Bukan main redah mentang-mentang tanah sendiri," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619