AGENSI

Selangor Fruit Valley tawar tiket percuma sempena pembukaan Rabu ini (VIDEO)

13 Sep 2021, 12:30 AM
Selangor Fruit Valley tawar tiket percuma sempena pembukaan Rabu ini (VIDEO)

SHAH ALAM, 13 SEPT: Selangor Fruit Valley (SFV) menawarkan satu tiket percuma bagi setiap tiga pembelian pas masuk sempena pembukaan semula secara rasmi Rabu ini.

Pengurus pemasarannya berkata harga tiket yang ditawarkan adalah RM15 bagi dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak dan warga emas, manakala bagi warga asing tiket dewasa berharga RM30 dan kanak-kanak RM25.

"Melalui pembelian ini pengunjung akan menaiki trem mengelilingi kawasan seluas hampir 1,000 hektar yang bukan sahaja kawasan tanaman buah-buahan malah terdapat juga taman rusa dan arnab.

"Selain itu kita juga mempunyai rumah kampung yang kawasan sekitarnya terdapat reban ayam dan ini adalah peluang terbaik untuk anak-anak merasai suasana di kampung," kata Nor Rashidah Mohamed Raihan ketika dihubungi.

Katanya, SFV juga akan memberikan potongan buah keluaran ladang itu secara percuma kepada pengunjung selain turut menawarkan harga menarik dan kupon pembelian buah-buahan dan sayur-sayuran.

"Walaupun pembukaan secara rasmi adalah Rabu ini, kita menerima pengunjung seawal Selasa ini," katanya yang turut memesan hanya individu yang lengkap dua dos pelalian serta anak-anak mereka sahaja dibenarkan mengunjungi SFV.

Orang awam yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 016-6880792 serta emel ke support@pkps.gov.my atau selangorfruitsvalley@gmail.com.

SFV melibatkan kawasan seluas hampir 1,000 hektar mempunyai 20 jenis buah-buahan antaranya belimbing, durian, mangga, jambu batu, nangka, pulasan dan anggur.

Tambah menarik terdapat lebih 3,000 sarang kelulut di ladang itu menjadikan SFV sebagai pengeluar madu kelulut terbesar di Semenanjung Malaysia.

[playlist type="video" ids="487126"]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619