AGENDA

MB: Individu belum terima pelalian digalak hadir program vaksin bergerak

12 Sep 2021, 1:15 PM
MB: Individu belum terima pelalian digalak hadir program vaksin bergerak

SHAH ALAM, 12 SEPT: Orang ramai yang belum menerima vaksin Covid-19 digalak hadir ke program vaksin bergerak bagi mendapatkan suntikan secara percuma.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata program bermula jam 9 pagi hingga 5 petang itu dibuka kepada penduduk negeri ini termasuk kepada warga asing.

"Bagi sesiapa yang menetap di Selangor dan masih belum menerima vaksin Covid-19, program vaksin bergerak disediakan termasuk untuk bukan warganegara.

"Sila hadir mengikut lokasi serta tarikh yang ditetapkan. Pemberian vaksin adalah percuma," katanya menerusi Facebook hari ini.

Menerusi perkongsian info grafik, terdapat 11 lokasi terpilih di mana 10 sahaja tempat pemberian vaksin (PPV) yang tinggal selepas lokasi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baru Klang di Kompleks Pasar Besar Meru selesai jam 5 petang tadi.

10 DUN selepas ini adalah DUN Batu Tiga dan Tanjung Sepat pada esok, Hulu Bernam (14 September), Gombak Setia (15 September), Bukit Antarabangsa dan Batang Kali (16 September), Banting dan Teratai (17 September), Dengkil dan Kampung Tunku (18 September).

Pada 9 September EXCO kesihatan berkata PPV secara mobil itu akan bergerak ke seluruh DUN dan parlimen.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata program vaksin bergerak itu bagi memastikan tiada rakyat negeri ini yang tercicir dari menerima pelalian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619