AGENSI

Mais bantu 604 keluarga di Klang, Kuala Langat dan Hulu Langat

11 Sep 2021, 2:55 PM
Mais bantu 604 keluarga di Klang, Kuala Langat dan Hulu Langat

SHAH ALAM, 11 SEPT: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM60,400 kepada 604 penerima di Klang, Kuala Langat dan Hulu Langat hari ini.

Sumbangan diberikan kepada golongan memerlukan menerusi pek makanan asas seperti beras, tepung, minyak dan gula bernilai RM100.

"Bagi melancarkan pengagihan sumbangan, seramai 26 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) terdiri daripada masjid dan surau di sekitar Klang, Kuala Langat Dan Hulu Langat membantu Mais menyalurkan sumbangan terus kepada penerima yang telah dikenal pasti.

"Penerima di sekitar Klang seramai 220 keluarga, Kuala Langat 72 keluarga dan Hulu Langat 312 keluarga," kata Mais menerusi Facebook.

Mais menyeru orang ramai yang masih belum menunaikan kewajipan membayar fidyah boleh melakukannya secara dalam talian melalui http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

Pada 13 Ogos, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan fidyah berjumlah RM3 juta kepada 20,000 keluarga yang terkesan akibat Covid-19 sejak awal tahun ini.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata bantuan tersebut disalurkan dengan anggaran RM30,000 dan RM40,000 setiap minggu serta dilakukan secara berterusan di seluruh negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619