AGENDA

Data internet percuma, MBI pertimbang rayuan 2,000 pelajar

11 Sep 2021, 4:24 AM
Data internet percuma, MBI pertimbang rayuan 2,000 pelajar

KUALA SELANGOR, 11 SEPT: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan membantu 2,000 lagi pelajar Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) mendapat kad modul pengenalan pelanggan (SIM) percuma.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Ahmad Azri Zainal Nor berkata ketika ini seramai 7,000 daripada 9,000 pelajar PTRS layak menerima manfaat tersebut.

"Kuota penerima SIM hanya 7,000 sedangkan keseluruhan pelajar PTRS seramai 9,000. Kita akan cuba bantu baki yang tidak mendapat inisiatif ini menerusi proses rayuan.

"Setakat ini 500 permohonan rayuan diterima dan keutamaan MBI mahu pastikan semua pelajar PTRS dapat SIM supaya proses pembelajaran berjalan lancar,” katanya selepas melawat bekas jaguh olahraga para kebangsaan Mohd Raduan Emeari.

Lawatan disertai Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar Juwairiya Zulkifli turut menyerahkan bantuan wang tunai serta bakul makanan.

Hujung bulan ini pelajar yang menyertai program Data Internet Selangor akan menikmati kemudahan data internet percuma selama setahun.

Pada 4 Ogos, Dato’ Menteri Besar memaklumkan seramai 70,000 rakyat negeri ini bakal menikmati SIM dilengkapi data internet percuma selama 12 bulan.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu menyasar pelajar Program Tuisyen Rakyat Selangor, peminjam Yayasan Selangor, mahasiswa Kolej Universiti Islam Selangor dan Universiti Selangor.

Turut menerima manfaat ialah pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor, peniaga dalam talian bawah e-Bazar Selangor, petani dan ibu tunggal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619