AGENDA

Boleh guna sijil vaksinasi SELangkah, usaha negeri diiktiraf

10 Sep 2021, 9:58 AM
Boleh guna sijil vaksinasi SELangkah, usaha negeri diiktiraf

SHAH ALAM, 10 SEPT: Keputusan kerajaan persekutuan membenarkan penggunaan sijil vaksinasi di aplikasi SELangkah bagi penerima dibawah Program Vaksinasi Selangor (Selvax) merupakan pengiktirafan terhadap inisiatif  Kerajaan Negeri.

EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata keputusan itu melengkapi usaha kerajaan persekutuan menangani pandemik Covid-19.

"Oleh itu, rakyat Selangor yang masih belum menerima sijil vaksinasi digital MySejahtera kini boleh menggunakan sijil vaksinasi di dalam aplikasi SELangkah sebagai dokumen pengesahan bagi keperluan aktiviti harian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Rabu, Kerajaan Selangor memohon Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) membenarkan sijil SELangkah digunakan sebagai dokumen pengesahan buat sementara waktu.

Dr Siti Mariah berkata SELangkah menghantar 159,919 rekod peserta Selvax kepada MySejahtera namun 3,632 individu masih belum menerima sijil digital.

Susulan itu, menteri kesihatan semalam berkata kerajaan persekutuan membenarkan individu yang lengkap menerima suntikan pelalian di bawah program Selvax menggunakan sijil SELangkah.

Khairy Jamaluddin berkata sijil digital itu boleh digunakan sebagai dokumen pengesahan sementara jika belum menerima sijil di aplikasi MySejahtera.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619