AGENSI

Menangi RM1,000, peraduan warkah Kita Selangor cetus semangat patriotik

10 Sep 2021, 4:28 AM
Menangi RM1,000, peraduan warkah Kita Selangor cetus semangat patriotik

SHAH ALAM, 10 SEPT: Golongan muda di negeri ini dipelawa menyertai pertandingan menulis warkah bertemakan #KitaSelangor 2021 sempena sambutan Hari Malaysia ke-58.

Pertandingan anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bertujuan memupuk semangat patriotik selain memberi peluang meluahkan harapan sebagai anak Selangor.

Perbadanan itu menerusi Facebook memaklumkan penyertaan terbuka kepada dua kategori iaitu remaja berusia 15 sehingga 17 tahun (kategori A) dan belia berusia 18 sehingga 35 tahun (kategori B).

Warkah boleh dihantar melalui e-mel kitaselangor21@gmail.com dengan melengkapkan butiran seperti nama, nombor kad pengenalan, emel, nombor telefon dan alamat sebelum 30 September ini.

Bertemakan Harapan Anak Muda Buat Nusa Bangsa, pemenang utama bakal membawa pulang wang tunai RM1,000, kedua (RM800), ketiga (RM700) dan 30 hadiah sagu hati berjumlah RM100.

Maklumat lanjut boleh hubungi talian 013-826 0950 / 03-3216 4630 / 019-365 6586 atau layari laman web www.ppas.gov.my dan Twitter @selangorlibrary.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619