AGENDA

Asingkan diri di rumah, CAC maya pantau pesakit Covid-19

9 Sep 2021, 8:29 AM
Asingkan diri di rumah, CAC maya pantau pesakit Covid-19

SHAH ALAM, 9 SEPT: Individu sekitar Lembah Klang yang dijangkiti Covid-19 disaran membuat isolasi di rumah dengan pemantauan pusat penilaian (CAC) secara maya.

Kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyebut pengasingan diri secara serta-merta daripada penghuni lain perlu dibuat dalam tempoh 10 hari.

“Laporkan keputusan ujian Covid-19 di aplikasi MySejahtera (klik ikon 'Helpdesk' dan seterusnya klik pada bahagian F atau G). Perintah pengawasan dan pemerhatian akan diberikan secara digital melalui aplikasi MySejahtera,” kata kementerian itu di Facebook.

KKM juga meminta golongan terbabit membuat pemantauan kendiri menggunakan kit penilaian di rumah menerusi paparan ‘things to do’ dalam aplikasi MySejahtera.

“Status kesihatan anda akan sentiasa dipantau melalui CAC maya. Anda akan dihubungi pihak KKM jika anda memerlukan perhatian,” katanya menambah CAC Helpline boleh dihubungi di talian 03-77239299.

Kerajaan Selangor memperuntuk sebanyak RM1.25 juta bagi menyediakan kit penilaian untuk pesakit Covid-19 yang menjalani kuarantin di rumah.

Inisiatif itu bagi membendung kes jenazah dibawa ke hospital (brought in dead) yang kian membimbangkan kebelakangan ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619