AGENDA

Pengusaha pelancongan sedia terima pengunjung, tetap amal SOP ketat

8 Sep 2021, 6:47 AM
Pengusaha pelancongan sedia terima pengunjung, tetap amal SOP ketat
Pengusaha pelancongan sedia terima pengunjung, tetap amal SOP ketat
Pengusaha pelancongan sedia terima pengunjung, tetap amal SOP ketat
Pengusaha pelancongan sedia terima pengunjung, tetap amal SOP ketat

SHAH ALAM, 8 SEPT: Pengusaha pelancongan Selangor membuat persediaan rapi untuk menerima semula kehadiran pengunjung susulan penurunan kes Covid-19 dan kadar vaksin tinggi di negeri ini.

Pengurus pemasaran Bernam Nature Hut Johari Mohd Sharif berkata jika sektor pelancongan dibenar beroperasi, pusat perkelahan itu akan menititkberatkan tatacara operasi piawai (SOP) ketat dengan membenarkan kehadiran 50 peratus pengunjung sahaja.

[caption id="attachment_486671" align="alignleft" width="440"] Aktiviti perkhemahan di Bernam Nature Hut. Foto BERNAM NATURE HUT[/caption]

"Langkah ini bagi memastikan pengunjung yang beriadah di Sungai Bernam rasa selesa dan selamat walaupun kawasan itu luas dan boleh menerima lebih 200 orang pada satu-satu masa.

"Selain perlu lengkap dua dos, kita hanya terima pengunjung dari daerah sama iaitu Hulu Selangor walaupun lokasi ini bersempadanan dengan Perak dan hanya dipisahkan dengan sebatang sungai," katanya.

Pengusaha Tadom Hill Resort dekat Banting pula bersedia menerima pengunjung pada bila-bila masa kerana semua pekerjanya lengkap divaksin.

"Tahun ini kita sempat beroperasi sekejap sebelum PKP (perintah kawalan pergerakan) secara menyeluruh dilaksanakan, jadi kita sudah ada pengalaman dari sudut persediaan.

[caption id="attachment_486673" align="alignright" width="440"] Aktiviti di Tadom Hill Resort sebelum pandemik Covid-19 melanda negara. Foto TADOM HILL RESORT[/caption]

"Kita akan memantau suhu pengunjung, pastikan pengunjung lengkap vaksin, melakukan sanitasi di dalam bilik penginapan dan menerima pengunjung dalam kuantiti tidak ramai," katanya.

Sementara itu Eksekutif pembangunan perniagaan kanan Muzium Coklat Kota Damasara memaklumkan pihaknya hanya bersedia menerima pengunjung pada Oktober ini meskipun kerajaan membenarkan muzium beroperasi mulai esok.

Muhamad Ridzwan Md Ali berkata langkah itu bagi memastikan semua pekerjanya yang divaksin sebelum ini melepasi tarikh matang iaitu 14 hari selepas menerima suntikan yang kedua.

[caption id="attachment_486678" align="alignleft" width="440"] Muzium Coklat Kota Damasara akan dibuka kepada pengunjung pada Oktober. Foto MUZIUM COKLAT KOTA DAMANSARA[/caption]

"Sebelum ini kita menerima sekitar 120 pengunjung bagi satu-satu masa dan selepas ini kita hanya akan menerima 40 hingga 50 orang sahaja pengunjung lengkap vaksin.

"Apa paling penting adalah semua pihak kekal patuh SOP dan sentiasa berdisiplin apabila sektor pelancongan di negeri ini beroperasi sepenuhnya," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619