AGENDA

Pingat emas dibatalkan selepas bantahan pasukan Ukraine

31 Ogos 2021, 11:33 AM
Pingat emas dibatalkan selepas bantahan pasukan Ukraine

SHAH ALAM, 31 OGOS: Kejayaan atlet lontar peluru paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli meraih pingat emas dalam kejohanan sukan Paralimpik Tokyo 2020 ditarik semula.

Kemenangan Muhammad Ziyad dibantah oleh kem Ukraine selepas dikatakan lewat memasuki bilik panggilan sebelum pertandingan bermula, lapor Berita Harian.

Semakan di laman Paralimpik Tokyo, Ziyad mendapat status 'DNS' sekali gus menyebabkan dia dianggap tidak layak beraksi sekalipun sebelum itu telah memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94 meter.

Nasib sama menimpa atlet dari Australia, Todd Hodgetts dan Jordi Patricio dari Ecuador.

Susulan itu, pingat emas menjadi milik Maksym Koval yang melakukan catatan 17.34 meter sekali gus menjadi rekod dunia sementara pingat perak dirangkul Oleksandr Yarovyi yang mencatat balingan 17.30.

Gangsa dimiliki atlet dari Greece, Efstratios Nikolaidis yang melakukan catatan 15.93m.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619