AGENDA

Perak pula mohon pinjam vaksin Selangor selepas Pulau Pinang

30 Ogos 2021, 11:34 AM
Perak pula mohon pinjam vaksin Selangor selepas Pulau Pinang

SHAH ALAM, 30 OGOS: Kerajaan Perak meminjam sejumlah dos vaksin Covid-19 daripada Selangor bagi membolehkan suntikan pelalian diberi kepada penduduk dewasa negeri berkenaan.

Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad menjelaskan surat rasmi berhubung perkara itu dihantar pagi tadi  kepada kerajaan Selangor, lapor Berita Harian.

"Surat dihantar untuk membolehkan kita meminjam vaksin dari Selangor," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAKATAN- Sungai Rapat) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Tanpa memperinci jumlah dos yang ingin dipinjam Saarani menjelaskan vaksin tersebut akan diganti selepas menerima bekalan daripada kerajaan persekutuan.

Hari ini, Dato' Menteri Besar Selangor berkata pihaknya sedang mempertimbangkan permohonan sebuah negeri lagi yang mahu meminjam vaksin dari program Vaksin Selangor (Selvax).

Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan perkara itu kini diurus bersama Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) yang akan memutuskan sama ada membenarkan atau tidak untuk memberi pinjaman berkenaan.

Pada 19 Ogos lalu, Kerajaan Negeri bersetuju meminjamkan sebanyak 500,000 stok vaksin yang dibeli sendiri CITF dan antara negeri bakal menerima bekalan tersebut ialah Kedah, Pulau Pinang serta Sabah.

Esok, sebanyak 200,000 vaksin akan diserahkan kepada Pulau Pinang bagi membantu negeri itu memberi suntikan pelalian lebih cepat untuk penduduk.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619